Sambungan daripada bahagian I.

Sekecil-kecil atau sesikit mana sekali harta yang kita ada, sama duit atau barang2 yang berharga, kalau kita meninggal dunia, harta tersebut akan jatuh kepada harta pusaka. Itu kalau sikit….kalau banyak, dan kalau tak diuruskan semasa hidup, bila sudah tiada nanti, keadaan menjadi lebih rumit. Kenapa perlu merumitkan keadaan sedangkan kita boleh memudahkan keadaan semasa kita hidup, betul?
Saya ingin kongsikan sedikit idea macam mana kita nak jadikan generasi kita tidak jatuh miskin harta. Paling tidak pun, takde le sampai meminta-minta. Bertepatan dengan maksud hadis Nabi SAW yang menerangkan meninggalkan waris dalam keadaan berharta adalah lebih baik dari dalam keadaan meminta-minta…
Sekarang nie, saya nak anda bayangkan ada A jenis individu dan setiap individu ini mempunyai cara merancang kewangan yang tersendiri. Katakanlah A, B, C DAN D. Ini sebagai kes study untuk sama-sama kita fikirkan. Katakan semua individu ini adalah LELAKI dan ada isteri dan anak2 serta ada waris faraid yang lain sama ada ibu atau ayah.

A : BUAT BUSINESS, ADA HARTA DAN ADA HIBAH TAKAFUL.

Individu A ada running business dan business besar dan harta ada banyak. Beliau ada ambil hibah takaful untuk diberikan kepada Isteri dan Anak2.
  • Business boleh transfer kepada waris (anak atau isteri) kalau A meninggal dunia. Business jalan walau pun A tiada, dan kita assume anak A take over business dan business run as usual.
  • Harta ada banyak dan buat wasiat dengan lengkap. Cukup masa, harta semua dipindah milik kepada waris ikut wasiat. Kalau ada yang tak setuju, boleh bantah untuk berbincang semula.
  • Katakanlah Hibah Takaful telah disediakan sebanyak RM 5,000,000 kepada isteri dan anak2. Ikut percentage (yang ini tidak boleh dibantah)….Sebab under IFSA 2013 Hibah bersyarat untuk sijil takaful adalah bukan harta pusaka dan tidak ada kaitan dengan hutang si mati. So, bila bukan harta pusaka, ia tak perlu follow wasiat (kalau ada).
Ditakdirkan Meninggal dunia, waris dapat business, dapat harta dan dapat hibah. So, kalau A ni dulu total harta beliau katakan ada RM 500K. Bila meninggal dunia, waris dapat lebih dari apa yang ada semasa beliau meninggal dunia. So, kat sini lah legasi yang diturunkan. Tokey mati, business tetap jalan sebab anak take over.

B : BUAT BUSINESS DAN TIADA HARTA KECUALI SEDIKIT. TIADA HIBAH TAKAFUL.

Individu B ada running business kecil-kecilan dan ada beberapa harta dan tiada sebarang perancangan Hibah Takaful.
  • Business boleh transfer, tapi dengan syarat, waris (anak atau isteri pun terlibat sama dalam business…dan ada kepakaran atau kebolehan yang boleh ganti ketua keluarga kalau meninggal dunia). Kepakaran yang tidak memerlukan sebarang sijil atau lesen profesional.
  • Tapi, kalau business yang melibatkan profesional (Doktor, Lawyer, Accountant..yang mana melibatkan sijil kelayakkan atau sebagainya)…business mungkin akan terhenti dan waris tak boleh continue kalau takde kepakaran yang sama.
Kalau ditakdirkan B meninggal dunia, harta pusaka B akan dibahagikan mengikut wasiat yang ditinggalkan dan kalau ianya tidak menepati hukum faraid, waris yang tidak berpuas hati dengan pembahagian harta yang dinyatakan diwasiat, boleh membuat bantahan melalui mahkamah…dan untuk pengetahuan anda, bila kita ada business kecil2 nie, isteri lah yang paling banyak membantu waktu mula2 setup dan paling banyak berkorban. Tapi bila meninggal dunia, Isteri hanya dalan 1/8 dari jumlah harta yang ditinggalkan. So, Isteri kena ambil tahu benda nie. So, kalau Si mati tinggal harta yang bernilai 100K, isteri hanya dapat RM 12,500…..
Jadi, kalau boleh allocate sedikit pendapatan kita untuk HIBAH TAKAFUL ni, in sha Allah, isteri dan anak dapat meneruskan kehidupan tanpa beban kewangan. Ada benda yang kita tak boleh ganti (kesedihan, jasad memang tak boleh diganti, tapi kewangan kita boleh ganti)…duit bukan segala-galanya, tapi banyak benda yang memerlukan duit.

C : KERJA MAKAN GAJI, ADA HIBAH (bukan hibah takaful) DAN ADA HIBAH TAKAFUL.

Individu C bekerja makan gaji, ada buat hibah (harta yang sudah sempurna milik dihadiahkan kepada isteri dan anak2….contoh, kereta dah habis bayar dipindah milik kepada isteri semasa beliau hidup)…Dan beliau juga ada buat hibah takaful RM 200,000.00 dengan caruman bulanan hanya RM 150 sebulan dalam takaful.
  • Duit KWSP dan ASB telah dibuat wasiat dan diletakkan penama. Apabila C meninggal dunia, penama WAJIB menjalankan amanah pengurusan harta mengikut wasiat memenuhi hukum faraid, wasiat tersebut boleh dibantah oleh waris2 faraid yang ada sekiranya ianya tidak mengikut faraid dan ada yang tak puas hati. Ini lah sebenarnya yang biasanya menyebabkan duit atau harta terpaksa beku dan mengambil masa untuk dibahagi-bahagikan disebabkan masalah “sepakat”…kalau tak sepakat, process pembahagian akan menjadi lebih lama.
  • Duit GAJI stop bila sudah meninggal dunia kecuali kalau ada pencen. Kalau kerja swasta atau kerja contract, based on project….tak kerja, takde gaji….So, kerja tersebut pulak tak boleh diwariskan kepada isteri atau anak2. Maksudnya macam nie, katakan C adalah seorang pegawai bank dan berpendapatan RM 5,000 sebulan, dan isteri beliau adalah suri rumah. Apabila beliau meninggal dunia, isteri beliau tak boleh jumpa majikan C dan minta untuk gantikan tempat C dengan gaji yang sama…
  • Duit pampasan takaful tadi yang diletakkan sebagai HIBAH BERSYARAT…akan terus dipindahkan ke account isteri dan process perpindahan dana Hibah takaful sangat cepat dalam masa 14 hari bekerja, biasanya akan selesai semua (bergantung kepada document lengkap atau tidak). Dalam case tadi RM 200,000 dan bahagian yang layak (ikut faraid) kan diberi kepada isteri…
  • Selain itu, bila dah dapat duit hibah takaful, ianya boleh dijadikan sebagai dana permulaan untuk tanggung kos-kos untuk menguruskan pembahagian harta pusaka. Sebagai contoh, kalau ada tanah, dah tentu nak kena bayar jurukur tanah, nak bayar peguam, kos transport dan sebagainya. Kalau takde pampasan hibah nie, waris kena keluarkan duit sendiri dulu…dan masa nie kekadang susah nak dapatkan kata sepakat. Tambahan lagi, kalau ada waris yang nak harta sahaja, tapi tak nak keluarkan duit utk uruskan pembahagian harta.

D. KERJA MAKAN GAJI, HARTA SEDIKIT DAN TIADA HIBAH TAKAFUL.

Individu D, kalau ada isteri dan anak2….mungkin agak sukar kehidupan orang yang ditinggalkan, tambahan pula kalau isteri tidak bekerja dan hanya harapkan income suami. Harta yang ditinggalkan mungkin kalau D bekerja dan ada EPF, harta tersebut akan dibahagikan kepada penama (kalau ada buat penama)….dan kena ikut faraid sebab ianya termasuk harta pusaka.
Untuk individu D nie, saya nasihatkan, ambilkan basic HIBAH Takaful yang ikut kemampuan diri sendiri….sebab untuk coverage asas RM 50,000 atau RM 100,000, caruman bulanan dalam RM 40-50 sahaja sebulan*. Jadi, allocatekan lah sedikit….untuk Hibah Takaful kepada waris agar mereka tidak meminta-minta dengan orang lain…
*tertakluk kepada status merokok dan risiko pekerjaan.