Sekiranya anda ingin buat hibah mutlak, hibah yang dibuat semasa pemberi hidup kepada penerima. Anda perlu laksanakan dengan sempurna. Iaitu dengan buat penyerahan atau tukar hakmilik.
Sebagai contoh, kalau nak hibahkan rumah dari suami kepada isteri atau anak, kena buat buat pindah milik harta di pejabat tanah bahagian pindah milik. Anda boleh pergi ke pejabat tanah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat mengenai pindah milik harta tersebut. Sama ada rumah atau tanah. Tapi, harta tersebut mesti lah sudah jadi hakmilik mutlak anda, dan bukannya masih ada loan. Sebab kalau masih ada loan, harta tersebut masih milik bank / financier dan bukan milik kita lagi dan kita tak boleh simply berikan pada orang (hibahkan).
Macam mana boleh jadi macam tu?..Simple sahaja. Saya bagi anda konsep mudah sama ada harta tersebut under HIBAH ( tidak perlu dibahagikan ikut pembahagian harta pusaka.
1- Masa hidup, harta tersebut atas nama siapa?
Contoh :
Encik Mat ada beberapa 3 buah rumah. Bila Encik Mat meninggal dunia, ketiga-tiga rumah tersebut, masih lagi atas nama si mati iaitu Arwah Mat . Jadi rumah tersebut adalah harta pusaka dan tertakluk kepada wasiat dan hukum faraid.
Tapi, katakan 2 buah rumah masih nama Arwah, satu rumah dah pindah milik kepada isteri beliau semasa hidup dan bila meninggal dunia, rumah tersebut yang sebiji tu atas nama isteri. Jadi, yang satu tu tak termasuk sebagai harta pusaka. Sebab dah jadi milik orang lain. Bukan milik si mati lagi dah.
Masalah bila anak beliau tak dapat nak bayar hutang, bank berhak untuk lelong…then bila kena lelong, sesilap ayah tadi terpaksa keluar dari rumah tersebut…bukankah ia amat menyedihkan. Itu sebab kekadang ramai yang tak buat hibah mutlak takut si penerima tak hargai pemberian si pemberi hibah.
Untuk process pengesahan hibah hasrat, boleh rujuk diagram di bawah.
3- HIBAH BERSYARAT (TAKAFUL)
Hibah jenis ini ada akta tersendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. So, untuk case ini, ia tidak boleh di cabar di mahkamah. Maksudnya, kalau lah si mati dah namakan penama (penerima hibah takaful) dalam sijil mereka. Once pampasan kematian tersebut dikeluarkan oleh pengendali takaful, duit pampasan tersebut akan jadi hak mutlak penerima pampasan tersebut. Jadi, tiada issue waris lain tidak puas hati dan sebagainya.
Cara ini lebih mudah dan cepat untuk membantu mempercepatkan lagi process pembahagian harta pusaka.
Sebab perlu diingat, kalau anda lihat pada diagram flow di atas, untuk dapatkan surat kuasa tadbir pun perlu lalui beberapa process…dan process tersebut semestinya memerlukan masa dan duit untuk diuruskan. Jadi, kalau semua harta dah beku, waris takde duit nak uruskan, itu kadang2 menyebabkan harta simati terus bekui di Amanah Raya dan tidak dapat dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.
Jadi, adalah sangat bagus dan disarankan untuk setiap ketua keluarga mempunyai plan hibah bersyarat atau takaful ini bagi memudahkan dan mempercepatkan process pembahagian harta pusaka. Jadi, kalau anda adalah suami, isteri dan anak2 boleh terus kehidupan dengan lebih baik disebabkan tidak mengalami kejutan disebabkan oleh tidak ada sumber pendapatan setelah ketua keluarga meninggal dunia.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua.

