Apabila keadaan menduga, mereka yang dilindungi terus terpelihara. Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat kos perubatan yang meningkat sejajar dengan kenaikan berterusan kos sara hidup, anda memerlukan pelan yang mampu melindungi diri anda serta mereka yang anda sayangi daripada kejadian yang tidak diduga dan sekaligus menyempurnakan hidup anda. HealthEnrich+ (HE+) mampu melindungi kesihatan anda pada setiap
peringkat hidup. Direka dengan ciri-ciri baharu dan komprehensif, HE+ memastikan perlindungan optimum untuk keperluan perubatan anda. Anda dan keluarga tersayang tidak perlu lagi bimbang dan lihatlah ke masa hadapan dengan penuh harapan.

Nota-nota Penting

1. Risalah ini tidak mengikat sebarang kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dan ia hanya mengandungi penerangan pelan yang ringkas dan tidak lengkap. Anda disyorkan untuk memohon salinan Ilustrasi Pelan, Lampiran Keterangan Produk atau dapatkan bantuan Perunding Takaful PruBSN untuk memperoleh maklumat lengkap sebelum menyertai pelan ini.

2. Terma-terma dan Syarat-syarat penuh dinyatakan di dalam dokumen sijil. Sila minta contoh Terma dan Syarat sekiranya anda memerlukan maklumat terperinci mengenai pelan ini.

3. Untuk HE+, anda mungkin layak menerima pelepasan cukai berkaitan sumbangan anda sehingga RM3,000. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

4. HE+ tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.

5. Anda hendaklah terus membayar sumbangan mengikut waktunya sehingga pelan anda matang untuk memastikan anda mendapat perlindungan sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Jika anda berhenti membayar atau tidak membayar sumbangan, perlindungan anda mungkin ditamatkan sebelum waktunya. Perlindungan untuk umur luput adalah tertakluk kepada jumlah di dalam PUA yang mencukupi untuk penolakan Tabarru’ dan caj-caj yang dikenakan.

6. HE+ adalah pelan pembaharuan terjamin. Sumbangan adalah selaras tetapi tidak dijamin. PruBSN berhak untuk menyemak semula kadar sumbangan atau Tabarru’ dengan memberikan notis 30 hari. Kadar ini mungkin akan disemak semula
disebabkan oleh keadaan yang tidak memuaskan seperti inflasi kos perubatan. Sebarang perubahan dalam sumbangan dan/atau Tabarru’ akan berkuat kuasa pada ulang tahun sijil yang seterusnya.

7. Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan lebih nilai kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HE+ Advanced atau HE+ Premier.

8. Sila rujuk laman web prubsn.com.my atau muat turun aplikasi PruBSN Navigator secara percuma di Google Play dan Apple App Store untuk melihat senarai Hospital Panel dan Hospital Pilihan.

9. Anda hanya boleh mendapatkan Pendapat Perubatan Kedua apabila anda dikenal pasti menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi.

10.HE+ adalah berasaskan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran keseluruhan perkhidmatan yang disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru’.

11.Tabarru’ bermaksud sebahagian tertentu daripada sumbangan didermakan ke dalam Dana Tabarru’ untuk persetujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan manfaat-manfaat yang dipersetujui dibawah pelan.

12.Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda dan para peserta lain layak menerima 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga
Pengarah PruBSN.

 

Pengecualian

HE+ tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj-caj yang
disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya oleh
salah satu kejadian berikut. Ini ialah penerangan ringkas mengenai pengecualian. Untuk
butiran lanjut, sila rujuk kepada kontak sijil.

(a) Penyakit sedia ada.

(b) Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh perlindungan 120 hari yang pertama.

(c) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari Tempoh Menunggu daripada tarikh perlindungan, tarikh penguatkuasaan semula atau tarikh pengendorsan (mana-mana yang terdahulu), kecuali kecederaan akibat kemalangan.

(d) Pembedahan kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik/Radial Kerototomi dan penggunaan alat atau anggota palsu dan perubatan.

(e) Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.

(f) Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur pilihan kecuali disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

(g) Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, mabuk, pemandulan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin dan sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

(h) Sebarang rawatan atau pembedahan yang dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.

(i) Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan kehamilan atau bersalin dan komplikasi, penjagaan pranatal atau selepas bersalin kecuali semua yang dinyatakan di dalam dokumen sijil, keguguran, menggugurkan kandungan, sebarang kaedah pencegahan kehamilan, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektil dan mati pucuk.

(j) Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.

(k) Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri yang disengajakan ketika waras atau tidak waras.

(l) Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

(m)Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau sebarang bahan nuklear.

(n) Perbelanjaan yang ditanggung oleh penderma atau Orang yang Dilindungi untuk menderma mana-mana organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya.

(o) Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan sebarang rawatan pilihan yang lain.

(p) Penjagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

(q) Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyaki nyanyuk.

(r) Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan di dalam dokumen sijil.

(s) Penyakit atau kecederaan yang timbul daripada sebarang jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersil berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.

(t) Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina atau tranformasi jantina.

(u) Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.

(v) Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.

(w) Sekiranya Orang yang Dilindungi masih di dalam rahim atau berusia bawah 14 hari dan disahkan menghidap penyakit yang disebabkan oleh kecacatan kelahiran, trauma kelahiran dan komplikasi-komplikasi yang timbul akibat penyakit ini.

 

Senarai Komplikasi-komplikasi Kehamilan

1 Pembekuan Intravaskular
2 Kehamilan Luar Rahim
3 Hydatidiform Mole
4 Pendarahan Postpartum yang Memerlukan Histerektomi
5 Eklampsia
6 Embolisme Cecair Amniotik
7 Embolisme Pulmonari Semasa Hamil
8 Toksemia Semasa Hamil

 

HealthEnrich+ adalah satu produk patuh Syariah.
Prudential BSN Takaful Berhad adalah Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut/pertanyaan, sila hubungi:  012-6629695 (Zamri) atau email :hijrahmzresources1@gmail.com.