Seperti yang sedia maklum, untuk melayakkan anda menjadi agent yang bertauliah. Anda perlu amik exam. Ada 3 Exam yang anda perlu amik.
1. PCE : Pre Contract Examination
2. CEILLI : Certificate Examination In Investment-Linked Life Insurance
3. TBE : Takaful Basic Examination
Jadi berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai exam ini.
1. Tarikh, masa dan Lokasi Exam.
Tarikh dan lokasi exam bergantung kepada jadual yang dikeluarkan oleh pihak MII (PCE dan CEILLI) dan IBFIM (TBE).
Pihak agency akan memaklumkan kepada anda berkaitan dengan tarikh, masa dan lokasi yang telah dipersetujui.
2. Document yang diperlukan
– Salinan sijil akademik tertinggi dan minimum adalah SPM dengan 5 subjek lulus.
– Salinan Kad Pengenalan (untuk rekod agency) pada masa akan datang
Untuk mendaftar PCE dan CEILLI di MII, hanya perlukan salinan sijil akademik. Untuk TBE pula, semasa pendaftaran ONLINE, tidak perlu sertakan salinan sijil akademik, akan tetapi, PERLU BAWA SIJIL ASAL ketika nak masuk dewan exam. Ini amat penting, kalau tidak anda takkan dibenarkan menduduki exam TBE. Sila semak syarat tersebut di www.takafuleexam.com
3. Kos Exam dan pendaftaran
– PCE : RM 80+6% GST
– CEILLI : RM 95+6% GST
– TBE : RM 80+6% GST
– LIAM : RM 35+6% GST
– MTA : RM 30+6% GST
– Admin Fee : RM 5
Total : RM 325.
. Sila hubungi saya di 012-6629695 (Zamri) atau email :hijrahmzresources1@gmail.com. untuk membuat pembayaran dan sila maklumkan maklumat bayaran tersebut untuk bayaran apa.
Kami juga menyediakan set soalan percubaan interactive untuk memudahkan anda mengulangkaji. Tapi, walau macam mana pun, anda kena baca jugak nota yang di download tu. Sebab set soalan yang anda download nie hanya ringkasan nota dan set soalan percubaan. Jadi, jangan ambil jalan mudah tanpa baca nota langsung. Itu pesanan saya.
Berikut adalah link download untuk contoh soalan exam PCE, CEILLI dan TBE yang terkini untuk rujukan anda.
