
Mulakan langkah pertama untuk melindungi diri anda daripada perkara-perkara tidak
terduga ketika anda menempuhi pengembaraan tanpa kerisauan dengan PruBSN
Anugerah, satu pelan perlindungan mampu milik dan ringkas, yang dicipta khas untuk
memenuhi segala keperluan anda. PruBSN Anugerah adalah sangat sesuai sebagai pelan
perlindungan takaful pertama anda kerana PruBSN Anugerah membenarkan anda
mengukuhkan perlindungan anda dengan beberapa pilihan rider dan mengubahsuai
pelan perlindungan sehingga anda memperoleh pelan perlindungan, hanya untuk anda.

CIRI-CIRI PRODUK


LENGKAPKAN PERLINDUNGAN ANDA
Dapatkan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku keperluan perubatan, Penyakit
Kritikal dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).

CAJ-CAJ DAN POTONGAN
Dapatkan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku keperluan perubatan, Penyakit
Kritikal dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).
Caj ini membolehkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan
serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan yang ditunjukkan di bawah berdasarkan
tempoh sumbangan selama 20 tahun dan ke atas. Bagi tempoh kurang daripada 20
tahun, sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan.

Caj Sijil Wakalah
Caj ini meliputi kos pentadbiran sijil anda. Caj Sijil Wakalah untuk setiap kekerapan
sumbangan adalah seperti berikut:

Tabarru’
Tabarru’ dipotong setiap bulan daripada ISA anda ke dalam Dana Tabarru untuk
perlindungan takaful anda. Tabarru’ untuk perlindungan takaful berbeza mengikut
umur pada hari lahir akan datang, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, pengkadaran
perubatan, dan jumlah risiko. Tabarru’ akan meningkat apabila umur anda meningkat.
Tabarru’ bermaksud derma sebahagian nilai tertentu daripada sumbangan ke dalam Dana
Tabarru’ bagi tujuan saling membantu di kalangan peserta mengikut manfaat-manfaat
yang dipersetujui di bawah pelan tersebut.
Nota: Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki ISA anda, jumlah
risiko adalah sifar. Maka, tiada pemotongan Tabarru’ akan dilakukan. Potongan Tabarru’ bagi semua rider
pilihan dan Caj Sijil Wakalah tertakluk pada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan
jumlah yang sama dengan kadar lazim.
NOTA-NOTA PENTING
1. Risalah ini tidak mengikat sebarang kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad
(PruBSN). Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan ini dan rider pilihan, sila rujuk
kepada Ilustrasi Pelan dan Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini.
2. Pulangan daripada ISA anda, jika ada, akan berdasarkan kepada prestasi sebenar dana-dana
dan ia tidak dijamin.
3. Risiko pelaburan dana tersebut ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin
kurang daripada jumlah sumbangan yang anda bayar.
4. Jika anda berhenti membayar atau tertinggal membayar sumbangan, perlindungan anda
mungkin ditamatkan sebelum tamat tempoh. Sijil anda akan tamat sekiranya amaun ISA tidak
mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan caj-caj lain.
5. Kadar sumbangan dan Tabarru’ dan caj-caj lain adalah tidak dijamin. PruBSN berhak menyemak
semula sumbangan, kadar Tabarru’ dan/atau caj lain dengan memberi notis bertulis 90 hari dan
30 hari untuk Medic Protector.
6. Untuk PruBSN Anugerah, anda berhak menerima pelepasan cukai berhubung dengan sumbangan
anda sehingga RM6,000. Sebarang pelepasan cukai tertakluk pada terma dan syarat Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN).
7. PruBSN Anugerah adalah berasaskan model Wakalah-Mudarabah, yang membenarkan PruBSN
untuk menguruskan pelan takaful anda sebagai pulangan bagi caj-caj yang dinyatakan di
atas. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam ISA selepas pemotongan caj wakalah
pendahuluan. Perlindungan takaful (bersamaan dengan jumlah risiko) dibayar dari Dana
Tabarru’. Sebagai tambahan, konsep Mudarabah membolehkan mana-mana keuntungan
pelaburan hasil daripada ISA dikongsi antara PruBSN dan anda. Anda akan menerima 80%
daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima bakinya sebanyak 20%.
Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke ISA anda. Jika terdapat kerugian
pelaburan daripada ISA, kerugian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh anda.
8. PruBSN Anugerah tidak menyediakan manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat
tempoh atau kematangan sijil.
9. Anda berhak menerima sebarang agihan lebihan daripada Dana Tabarru’ termasuk keuntungan
pelaburan (jika ada). Bersama para peserta lain, anda berhak menerima 50% daripada lebihan
tersebut dan PruBSN akan menerima baki 50% sebagai insentif untuk menguruskan Dana
Tabarru’. Bahagian lebihan agihan anda akan dimasukkan semula dalam ISA anda. Amaun agihan
lebihan sebenar akan ditetapkan setiap tahun dan tertakluk pada kelulusan oleh Jawatankuasa
Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
10. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini mampu memenuhi keperluan anda dan
sumbangan yang dibayar merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
Nota: Maklumat lanjut mengenai perlindungan dan manfaat bagi rider pilihan boleh didapati dalam
Lampiran Keterangan Produk yang harus dibaca dengan teliti sebelum anda menyertai pelan tersebut.
PENGECUALIAN
PruBSN Anugerah tidak melindungi sebarang situasi yang berikut:
1. Kematian akibat membunuh diri dalam tempoh satu tahun daripada tarikh sijil.
2. TPD yang berlaku secara langsung ataupun tidak langsung yang disebabkan oleh percubaan
bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang disengajakan dalam keadaan waras atau
tidak waras.
3. Melakukan atau percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah oleh Orang Yang Dilindungi
seperti salah guna dadah atau bahan perangsang atau kesan-kesan daripadanya.
4. Terlibat dengan perang atau sebarang tindakan agresif, termasuk pencerobohan, tindakan
negara asing, tindakan musuh (sama ada dengan atau tanpa pengisytiharan perang), perang
saudara, pemberontakan, revolusi, rusuhan, perampasan atau campur tangan pihak tentera.
5. Terlibat dalam sukan profesional, penyelaman skuba, dan apa jua bentuk perlumbaan,
penerbangan aerial selain sebagai ahli krew atau penumpang dengan tambang berbayar
dengan pesawat komersial yang berlesen untuk membawa penumpang dan beroperasi pada
laluan berjadual berkala atau mana-mana aktiviti atau sukan berbahaya (termasuk terjun
lelabah, peluncuran udara, terbang dalam belon, penggunaan payung terjun, terjun udara),
kecuali kami bersetuju dalam suatu pemakluman khas.
6. Apa-apa pra-syarat yang tidak didedahkan kepada kami berhubung dengan status kesihatan
Orang Yang Dilindungi. Perkara ini termasuk dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh
sijil berkuatkuasa. Apa-apa pra-syarat yang tidak didedahkan kepada kami selepas dua belas
(12) bulan akan dikendalikan mengikut Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013.
Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang tertera di atas dan anda hendaklah
merujuk kepada dokumen sijil untuk mendapatkan maklumat lanjut.
