Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa.
Saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya belajar dengan salah seorang anak jutawan (ayah dia ajar dia mengenai simpan duit bermula dari 5 tahun)…dan saya pun cuba praktikan kepada anak saya…Muhammad Haziq Haiqal, tahun masa tu.
Saya pernah ajar anak saya menyimpan duit. Saya bagitau dia, Haiqal kena simpan duit, nanti dah besar ada duit, boleh beli rumah. So, dia just angguk je dan ada jugak dia tanya, kenapa beli rumah? Saya jawab…..Beli rumah, naik harga….boleh untung…
So, projek tersebut bermula macam nie…saya buat sebiji macam apa yang saya belajar..
Setiap hari, anak saya akan pergi ke sekolah agama dengan belanja RM 2.00 sehari dan sekolah Kebangsaan RM 3.00 sehari. Jadi, dengan ilmu yang saya dapat dari seorang anak jutawan nie (dia pun dah jadi jutawan jugak)…saya pun buat kat anak saya.
Untuk Sekolah Agama ,saya akan bagi RM 2.00, dan saya bagi dia challenge….kalau boleh bawak balik RM 1.00 (iaitu belanja RM 1.00 sahaja), saya akan bagi another RM 1.00 (sebagai ganjaran dia jimat berbelanja). Sekolah Kebangsaan, saya bari RM 3, biasanya dia akan belanja RM 2 atau 3. So, kalau anak saya belanja RM 2.00 dan bawak balik RM 1.00 baki…saya akan top up dalam simpanan dia RM 1.00 (one to one)….dan cukup sebulan terkumpul, saya akan bawak anak saya pergi ke Tabung Haji Shah Alam untuk masukkan dalam account dia. Saya akan minta dia tekan nombor, dan tunggu nombor dipanggil. Dan dia akan serahkan duit simpanan dia bersama ganjaran yang saya bagi ke kaunter dan serahkan ke petugas kaunter. Borang nak masuk duit semua saya yang isikan. Saya nak dia belajar dan feel dan experienced simpan duit sendiri. Sebab anak jutawan tu ajar saya macam tu. So, just follow.
Kalau pergi sekolah kebangsaan, kekadang anak saya akan bawa bekal dan sebelum saya belajar ilmu nie, saya pun bagi dia duit belanja dan tak pernah kisah pasal duit belanja sekolah tu. Tapi setelah belajar dengan anak jutawan nie, saya pun terfikir nak buat perkara yang sama.
Pada satu hari, saya pelik sebab dia bawak balik baki duit sekolah agama RM 1.00 dan baki duit sekolah kebangsaan RM 2.00….maksudnya duit sekolah kebangsaan anak saya hanya belanja RM 1.00. Saya tanya..
AYAH : “Haiqal tak beli makanan ke?…sebab ada balance RM 2.00 nie..”…
HAIQAL : “Beli”
AYAH : “ Habih tu, Haiqal tak beli air minum?….minum air bekal je ya?”
HAIQAL : “ Tak lah, Haiqal minum juga”…
Saya pun dah suspend, mana dia dapat duit extra nie. Kepala saya dah mula sangsi takut dia dah mula panjang tangan….saya pun tak nak sangka yang bukan2..terus tanya lagi.
AYAH : “ Habih tu, macam mana Haiqal ada balance RM 2.00 ni?…Kan beli makanan RM 1.00, beli air RM 1.oo?…macam mana boleh macam nie?…” Saya mula korek rahsia dia.
HAIQAL : “ Sebenarnya Haiqal kongsi dengan kawan baik Haiqal. Haiqal ada bagitau dia, Ayah buat challenge, kalau dapat bawak balik duit extra, ayah akan bagi ikut duit yang balance tu. Jadi, dia pun minat nak buat yang sama, jadi kita pun share, Haiqal beli air, dia beli makanan, pastu kita kongsi”…
AYAH : “Wahhhhh….ini sudah bagus, JV….dan ayah tak pernah ajar pun Haiqal macam nie”…
Saya terkejut budat umur 9 tahun boleh fikir macam tu. Oleh kerana dia buat benda yang saya pun tak terfikir dan saya rasa saya pun belajar sesuatu dari dia…..saya up dia punya reward utk hari tu.. kepada DOUBLE….so, saya bagi dia RM 4.00 (so total dia simpan haritu adalah RM 7.00 (RM 1.00 sekolah agama, RM 2.00 + 4.00 sekolah kebangsaan)..Haiqal sangat happy dan untuk beberapa hari, dia berjaya kumpul duit macam dengan teknik JV. Cuma sesekali, kekadang dia tak dapat nak kumpul duit sebab kalau ada sukan, dia terpaksa beli air lebih sebab haus….saya tak kisah sebab saya tak nak rigid sangat. Dia bg idea pasal JV tu pun saya dah rasa bagus sangat dah…
Sampai lah beberapa lama, dia dapat simpan dengan teknik JV nie, dan dia kembali semula dapat hanya bawak balance RM 1.00 untuk sekolah kebangsaan….dan saya tanya, kenapa tak dapat bawak balance RM 2.00….dia cakap “Kawan Haiqal tu dah tukar sekolah..”….Hehehehe….saya tersenyum sendiri….saya bgtau “ Takpe, nanti Haiqal cari lagi partner baru…”…
So, macam tu la pengalaman saya didik anak saya dari segi kewangan.
1. Nak dapat duit extra, kena belajar menabung dan kena displin menabung
2. Apabila kita mula bagi tugasan tertentu, walau pun umur 9 tahun, kanak-kanak ini kekadang boleh berikan satu idea yang bagus yang kita sendiri boleh belajar dan amalkan.
3. Kena keep track dan bagi motivation serta tekan kenapa (WHY) dia kena belajar berjimat sekarang…(main objective) setiap kali dapat duit, jangan pakai semua. Always kena ingat, mesti ada balance…walau pun sedikit. Jangan biasakan dapat duit belanja habis…
4. Selain didik anak, kita pun akan terikut untuk displin sebab kita sendiri ada commitment untuk simpankan untuk dia.
So, sekian sahaja sharing saya…kalau anda ingin buat, anda boleh buat, kalau anda rasa ianya bagus untuk orang lain buat, just “like” and “Share” supaya lebih ramai orang akan dapat manfaat.
Kalau kita tak mulakan budaya menyimpan kepada anak kita?…siapa yang kita harapkan untuk didik anak kita menyimpan….
Sekian.