Anda ada kereta?…Rumah?..Duit dalam bank?..atau anda pernah bekerja?…Untuk yang bekerja, mencarum EPF, anda sudah ada harta. Dan kena ingat, bukan harta2 yang besar2 sahaja, harta2 yang kecil pun kira harta juga, macam handphone, laptop dan lain2.
Kenapa saya sibuk sangat pasal harta nie?…Ok, baiklah…saya sibuk ada beberapa sebab…anda baca la kat bawah nie sampai habis…
Saya ingin bertanya kepada anda yang membaca artikel ini…
1. PERNAHKAH ANDA ADA PENGALAMAN MENGURUSKAN HARTA PUSAKA PENINGGALAN ARWAH IBU BAPA ATAU SEDARA MARA?
Kalau pernah, rasanya anda boleh ingat kembali keadaan tersebut kan?..Baiklah….saya nak tanya beberapa soalan. Untuk yang tak pernah, saya rasa anda sure pernah tengok TV atau Filem kisah macam mana orang rebutkan harta peninggalan si mati. Paling tidah pun cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee – 3 ABDUL…Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Kisah ini memberi banyak pengajaran kepada kita. Dan lihatlah bagaimana Tan Sri P. Ramlee menyampaikannya dalam bentuk filem jenaka tapi penuh dengan message. Lihatlah bagaimana pentingnya wasiat dalam pengurusan harta semasa hidup dan selapas meninggal dunia.
Untuk yang pernah uruskan…saya nak tanya?….Simple atau complicated?…kalau document semua dah ready dan mendapat kerjasama dan toleransi dari semua waris memang sangat mudah…tapi, pengalaman saya, sure ada sedikit dispute (perbalahan)…dan sebenarnya, kalau kita ada ilmu asas mengenai pengurusan harta pusaka nie, ia akan menjadi lebih mudah dan process perpindahan harta tersebut menjadi lebih lancar…
2. KENAPA PENTING BUAT PENGURUSAN HARTA NI?
‘Setiap manusia akan pasti meninggalkan dunia, dan harta tak boleh bawa sekali. Kena tinggal kepada yang masih hidup’
Yang meninggal dunia memang takkan bawa sekali semua harta…kena tinggal untuk dimanfaatkan oleh waris yang ada. Siapa Waris yang terlibat…secara asasnya…kalau Suami meninggal dunia…terdapat 2 bahagian utama iaitu WARIS FARAID dan WARIS BUKAN FARAID.
WARIS FARAID
“Kalau Suami meninggal dunia”
- Isteri
- Ayah Suami.
- Ibu Suami.
- Anak Lelaki
- Anak Perempuan
“Kalau Isteri meninggal dunia”
1. Suami
2. Ayah Isteri
3. Ibu Isteri
4. Anak Lelaki
5. Anak perempuan.
So, ini adalah asas. Details pembahagian saya akan terangkan kemudian. Fahamkan kenapa perlu urus harta dulu….
“HARTA PUSAKA UMAT ISLAM BEKU….sebab tidak diuruskan dengan baik semasa hidup”
Cuba lihat gambar di atas?…52 Billion, ini tahun 2013 punya maklumat dan saya dapat tahu tahun 2016 dan mencecah 60 Billion…dan anda bayangkan, harta tersebut patut cair (boleh digunakan oleh waris) untuk menjana ekonomi, atau pendapatan peribadi dan keluarga, tapi sayang, ianya beku macam tu sahaja. Waris?…Jadi apa?…masih lagi kembali kepada hidp susah. Ini adalah antara perkara yang sangat penting untuk kita tahu macam man nak urus harta kita.
3. APA PILIHAN YANG KITA ADA?
- BEKU (FREEZ) dan tidak diuruskan. – Yang ni senang je, biar je laa….
- CAIRKAN (LIQUIDATE) – Yang ni pulak ada 3 cara…sama ada WASIAT, FARAID atau HIBAH. Dan saya nak jelaskan mengenai HIBAH. Yang lain2, saya akan terangkan di artikel yang lain.
HIBAH pulak ada 2 bahagian iaitu hibah sekarang (masa hidup) dan hibah bersyarat (selepas meninggal dunia)…ada banyak kaedah yang kita boleh pakai, tapi saya ingin terangkan sedikit bagaimana kita gunakan TAKAFUL sebagai medium HIBAH yang paling practikal, murah dan cepat.
Kalau HIBAH dalam bentuk harta atau barang sekarang, ianya perlu dipindah milik sepenuhnya kepada waris yang kita berikan hibah. Kita kena keluarkan duit dengan nilai yang kita hibahkan. Berlainan dengan HIBAH bersyarat menggunakan takaful nie, individu yang ingin menghibahkan sejumlah duit pampasan kepada waris tidak memerlukan jumlah yang sama dengan nilai untuk dihibahkan. Katakan A ingin menghibahkan sejumlah wang katakan RM 1,000,000…. A tidak perlu ada RM 1 Juta untuk hibahkan kepada waris yang ingin dihadiahkan. Sebaliknya A mungkin perlu simpan RM 800 hingga 900 sebulan di syarikat takaful berlesen (untuk individu antara 30-35). Jadi selepas process penamaan penerima hibah ditentukan, dan sekiranya A meninggal dunia, penama akan menerima jumlah pampasan RM 1,000,000 dan tidak perlu melalui process pembahagian harta pusaka. Dan HIBAH Takaful ini dilindungi oleh undang-undang malaysia under Islamic Financial Service Act 2013 yang mana Hibah dari sijil takaful tidak dikira sebagai harta pusaha dan juga hutang. Jadi, ianya solid milik penama yang telah ditetapkan.
Jadi, kalau process mendapatkan “duit tunai” dapat disegerakan, ia akan memudahkan waris untuk menjalani kehidupan harian. Sebab kalau Suami atau bapa meninggal dunia, anak2 nak sekolah dan nak teruskan kehidupan, perlukan cash. Nak bayar rumah, kereta, isi minyak kereta, bill air dan api, semua perlukan cash. So, kalau takde cash macam mana keadaan nak uruskan rumahtangga dan keluarga…ia akan menjadi sangat complicated.
Saya nak share berkenaan IFSA 2013
JADUAL 10 [Seksyen 142],
3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.
So, HIBAH TAKAFUL ini dilindungi oleh akta perkhidmatan kewangan Islam 2013.
4. BERTINDAK SEGERA UNTUK BELAJAR ILMU PENGURUSAN HARTA PUSAKA.
Kena dapatkan maklumat dan uruskan segera. Kita boleh minta agent wasiat buatkan untuk kita, tapi, untuk hibah takaful ni nie, ia lebih mudah. Kena buat financial assessment supaya kita dapat ideal plan berapa yang patut kita ada untuk tinggalkan kepada waris.
Baca sambungan di bahagian II.
